Video

Alyssa Dezek kongsi pengalaman cucuk vaksin, katanya tak sakit pun...

Alyssa Dezek kongsi pengalaman cucuk vaksin, katanya tak sakit pun...
BERKONGSI video menerima suntikan vaksin di Instagram, pelakon dan penyanyi cilik Alyssa Dezek menerima pujian ramai atas keberaniannya.Ujar Alyssa, 13, dia berkongsi video tersebut bagi menggalakkan remaja seusianya untuk mengambil vaksin dengan segera tanpa rasa takut."Masa ambil vaksin saya tak takut sangat, tak sakit pun. Sepatutnya saya nak ambil vaksin di sekolah tapi saya kena ambil awal sebab saya ada terlibat penggambaran."Saya sangat galakkan remaja ambil vaksin. Vaksin ni kan bagi kita protection daripada Covid," ujarnya kepada mStar.Dalam pada itu, keluarganya turut memberi sokongan serta galakkan dalam menerima suntikan vaksin walaupun terpaksa mendapatkan khidmat di klinik swasta."Parent saya pun dah ambil vaksin. Kiranya kita usaha dapatkan vaksin tu."Insya'Allah Disember nanti, semua dah vaksin memang plan pergi London untuk bercuti," katanya.